Wednesday, July 21, 2010

Kejutan buat anak-anakku......


Salam semua......

          Kepada Muhammad Izzu Syahmi. Panjang sungguh namanya. Itulah nama anakku yang sulung, Syahmi. Semasa aku dan suami sedang dalam perjalanan ke Mydin, MITC tadi, sambil mengelamun teringatkan anak-anak di Kluang, terpacul di benak fikiranku, mahu buat kejutan untuk anak-anakku di sana. Sebenarnya, kami teramat rindu dengan Syahmi dan Kayyisah. Baru saja minggu lepas kami balik Kluang, tapi rasa seperti sudah lama sangat tak jumpa mereka. Allah sahaja yan tahu, betapa rindunya kami pada mereka. 

       Di Mydin, sambil mencari kelengkapan BBQ untuk majlis 'gathering' kelas kami, sempat juga aku mencapai barang yang boleh ku buat hadiah untuk Syahmi dan Kayyisah. Nak tahu apa hadiahnya? Nantikan 'entry'ku akan datang. Insyallah. Tidaklah semahal mana, asalkan kiriman itu dapat membahagiakan dan mengubat rindu mereka. Ada dua hadiah di dalam bungkusan itu sebenarnya, satu untuk Syahmi dan satu lagi untuk Kayyisah.

         Tak sabar rasanya mahu mendengar cerita tentang reaksi mereka apabila mendapat hadiah ini. Semua itu pasti diceritakan oleh emak mertuaku. Terima kasih tidak terhingga buat emak dan abah yang sanggup menjaga anak-anak sementara kami sedang menyambung pengajian di UTeM. Terima kasih juga yang terhingga buat adik-adik ipar ku, Ikin & Asyraf yang sentiasa bersabar melayan kerenah Syahmi dan Kayyisah. Jasa kalian tak terbalas oleh ku, semoga kalian sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T. Amin......


Kiriman untuk anak-anakku.

"Aku sedang berusaha untuk menulis blog dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Harap aku tidak berputus asa."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...