Wednesday, October 5, 2011

Tahun 3 dah....

Assalamualaikum semua....
Lama dah tak berblog. Sementara assignment tak menimbun ni, bolehlah ketuk-ketuk keyboard desktop baru ni... hihihi... Sem ni banyak pulak pakai software design, laptop hubby pun dah meragam, maka melayanglah RM kat 'Stygix' Bukit Beruang minggu lepas... Alhamdulillah, dah tahun 3... tinggal 1 thn 1/2 lagi nak habis study.. Insyallah... Tak sabar rasanya...
Subjek sem ni boleh tahan jugak, agak mencabar... Control System... oh!!! tidak... mampukah???... Design Analysis & Machine Element, mencabar jugak... nak buat macamana, dah bidang... CNC & CAD CAM, menarik jugak, dapat belajar software CATIA... Industrial Design & Ergonomic... subjek yang ditunggu-tunggu.. best sangat-sangat... Quality Control, menarik jugak, tapi kena rajin membacalah pulak...
Tahun depan dah start PSM.... nak buat tentang apa ye???... ada cadangan utk bidang manufacturing design??




Picas kat ats tu projek pertama untuk sem ni...projek experimental design... stool design drp kotak... minimum load >82kg... so, encik abang saya akan jadi bahan ujikaji lah... hehehe

Tuesday, July 19, 2011

Misi Mencabar Diri Sendiri

Assalamualaikum

Alhamdulillah... selesai sudah in-house training... puas rasanya hati ini... dapat menyiapkan segala tugas dgn jayanya... Moga Allah berkati segala usahaku dan teman-teman seperjuangan.

"Misi Mencabar Diri Sendiri". Mungkin inilah caranya untuk mendapat keseronokan bekerja. Kalau tak percaya, cubalah buat. Memang seronok. Umpamanya seperti kita bermain 'game'. Walaupun tiada ganjaran hebat seperti hadiah mahupun wang, tetapi kepuasan yang dirasa sudah cukup membuatkan hati ini gembira.

Kali ini saya mencabar diri saya menerima tugasan yang belum tentu saya boleh lakukan. Memang saya sendiri yang merelakan diri menerima tanggungjawab menghasilkan program aplikasi inventori untuk projek praktikal ini. Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang amatlah sedikit tentang program Visual Basic, saya gagahkan diri belajar sendiri. Mujurlah supervisor mencadangkan buku 'Visual Basic.net Programming for Business' di perpustakaan sebagai bahan rujukan. Itupun sebuah sahaja, nasib baik tiada orang pinjam. Ikhtiar lain yang saya lakukan, cuba dapatkan tunjuk ajar daripada bekas pensyarah pengaturcaraan komputer C++ saya semasa tahun 1 dulu. Malangnya, beliau juga kurang mahir menggunakan aplikasi VB, kerana sememangnya tiada silibus berkaitan VB yang diajar di fakultinya. Ikhtiar terakhir, belajar melalui tutorial secara online di internet. Banyak juga membantu. Banyak yang perlu dikaji rupanya. Saya perlu mulakan dari akarnya. Memang sangat mencabar mental dan kesabaran. Sudahlah tugasan ini saya pikul seorang. Walaupun projek secara berkumpulan (10 orang), tetapi rakan-rakan yang lain mempunyai skop kerja mereka sendiri. Hanya seorang sahaja diperuntukan untuk tugasan ini. 

Sesekali, timbul juga rasa menyesal kerana merelakan diri memilih tugas ini. Bukankah mudah kalau saya memilih untuk membuat lukisan teknikal yang sememangnya bidang saya? Atau membuat kerja-kerja fabrikasi berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang telah sedia ada? Syukur, jauh disudut hati ini, bisikan hati memotivasikan diri. Jangan mengalah, saya membayangkan, seronoknya kalau saya berjaya melakukannya dengan hasil usaha dan kepayahan diri ini. Ya, perkara yang sangat-sangat penting.... dengan hasil kepayahan diri sendiri... nikmatnya lain, berbanding kejayaan itu hasil dari jalan yang mudah. Saya pernah merasakannya, perasaan yang biasa-biasa sahaja dan tiada perasaan seronok pun.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menghasilkan MICORA 1.0, aplikasi pengkalan data inventori saya sendiri. Walaupun pengaturcaraannya nampak mudah sahaja, tapi untuk menghasilkannya, segala sudut otak ini terpaksa diperah dan dikerah. Bayangkanlah, bagaimana aplikasi-aplikasi yang canggih-canggih dihasilkan? Masyallah...... Allah maha Agung, menganugerahkan hamba-hambaNya keupayaan akal yang menakjubkan. Apalagi nak dibandingkan dengan kebijaksanaan Allah yang tiada tandingnya. Ilmu manusia ini hanyalah setitik air jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah yang seluas lautan.

Hasil kerja Technical Drawing Team

Hasil Kerja Fabrication Team

my MICORA 1.0 =)


Cover CD... ni hobi je... hehehe... takde pun takpe...

MICORA 1.0 Project Team bersama Supervisor



Saturday, July 2, 2011

Assalamualaikum semua...

Baru terbuka hati nak buat entry baru... bukan sibuk sangat pun, cuma takde mood nak meng'update'... Minggu depan, dah masuk minggu ke-9 saya menjalani 'in-house training'. Orang lain dapat cuti 4 bulan, saya dapat cuti tak sampai 2 bulan. Takpe lah, at least dapat lah bersama anak-anak dan famili sepanjang bulan puasa ni.... Insyallah...

Seronok juga 'in-house training' ni.... walaupun terpaksa mengorbankan 10 minggu, tapi jika difikirkan, banyak positifnya. 3 minggu pertama, praktikal di semua fakulti yang ada di sini. Bukannya praktikal seperti di industri, tapi lebih kepada short course. Modul yang disampaikan adalah berkaitan dengan bidang yang ditawarkan di fakulti berkaitan. 5 minggu seterusnya, praktikal di fakulti sendiri pula. Kali ni, praktikal di setiap jabatan yang ada dalam fakulti. Dua minggu terakhir, masa untuk menghasilkan projek, presentation dan laporan. Dalam sibuk berpraktikal, sempat juga kami sekelas berBBQ kelas di Hutan Lipur Gunung Ledang, Sagil. Malas nak bercerita panjang, biar gambar-gambar di bawah yang bercerita.... layannnn...

Fakulti Kej. Elektrik : Domestic Wiring

Fakulti Kej. Elektronik & Kej. Komputer : Circuit Simulation via Multisim & Proteus Software

Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi : Website Development
Hehehe... inilah admin website bmfr...

Fakulti Pengurusan Teknologi & Teknousahawan : Project Management & Microsoft Project Application

Fakulti Kej. Mekanikal : Menggegas lagiiii.... ape pun, enjoy... 8 org buat 1 workpiece..

Jabatan Rekabentuk Pembuatan : Sheet Metal design via Solidworks CAD Software... projek yg sangat simple... buat malu en. hassan jer... hehehe... sorry encik.. projek 2 jam je....

Jabatan Automasi & Robotik Pembuatan : Programming via MATLAB & Visual Basic.net... guna X-Bee untuk hantar signal guna vb.net programming...

Jabatan  Bahan Kejuruteraan : Foundri... sand casting (Tin based).. 

hasilnya... pipe reducer

Jabatan Proses Pembuatan : CNC simulation... programming lagi...

Jabatan Pengurusan Kejuruteraan : Lean 6 Sigma modul & Minitab software application

Projek : conveyor & robot arm redesign

 
this is my special task.... inventory database using VB.net... mampukah?????? Doakan kejayaan saya... lari dari bidang ni... nak jadi programmer pulak ke?

Jungle tracking ke Kolam Puteri, Gunung Ledang... Adoiii... nak tertanggal kaki rasenye.. tapi, tak serik kot... hehehehe....

Prepare dapur utk bakar-membakar... tekun betul ir. syahmi tu...

dah puas berendam air terjun.... perut pun sudah kenyang.... mari berdondang.. 



dua beradik yg sangat happy... masuk kereta terus tidur kelepakan....




Tuesday, May 10, 2011

Nasi Mandey a.k.a Nasi Arab @Shah Alam

Assalamualaikum.....
Setelah seharian di Pusat Sains Negara, kami menikmati makan malam di D'Arab Cafe, Section 7 Shah Alam. Ingatkan nak pergi Snowalk I-City... memandangkan fee RM25/pax... lebih baik duit tu kita buat makan nasi arab... perut kenyang, hati pun senang.
menu yang buat kite rambang selera.... order syahmi....

baca doa sebelum makan... aminnn...


dalam satu hidangan ada nasi & roti arab... RM12

puding ade aiskrim...  sideline nasi mandey

ini le nasi mandey a.k.a nasi arab... RM60 utk 5 orang makan... tapi kami makan cukup untuk 8 org... siap dapat 5 cup puding+aiskrim....

tak tau ape namanya... macam kebab... RM5...ada lebih kurang 5 potong kalau tak silap..


special order untuk my hero...

Kos: RM90++ (utk 9 org makan)... kenyang & puas hati... =)

DINOS ALIVE di Pusat Sains Negara

Assalamualaikum......

Sebelum mula praktikal, dapat lah bawa anak-anak makan angin. Itupun kebetulan nak ke KL menghadiri degree fashion show adik ipar di Cititel Mid Valley. Melayan anak bujang yang fanatik dinosaur. Kalau tak silap, pameran dinosour ni akan berakhir pada awal Jun 2011. So, sape2 yang teringin nak tengok dinosour yang macam real, siap boleh bergerak & bersuara, cepatlah ambil cuti. Percutian yang menyeronokkan. Tak sia-sia bayar RM10/1 dewasa.... selain drp dinosour, banyak lagi barang2 yang dipamerkan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara ni.... macam-macam ada... tempat yang sangat sesuai untuk mencambahkan minat sains di kalangan anak2, bermula daripada umur 2 tahun... kita yang dah tua ni pun boleh belajar jugak... hehehe =)

kedatangan kami disambut dino... terpaksalah pulak mendukung heroku yg sdg dlm ketakutan itu.. baru die tau, sape yg takut sape. sebelum ni eksen je... hahaha...

syahmi kata nama dino ni T-rex...

kayyisah di titi gamtung... mula2 takut, lepas tu gian pulak...

transformer syahmi....

seronok bermain piano gergasi...


syahmi bawak kren...



takut sangat... langsung taknak lepas... haishhh...


pak busu dibaham dino... hehehe...

mokde yang gumbira....

dino dah takde, baru berani jln sendiri...

ateh naik buai, angkat sendiri...

balik dah... sambil lalu di bawah akuarium...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...