Tuesday, September 28, 2010

Memilih dan terpilih....

Salam semua...

Sukar. Memang sukar untuk membuat pilihan dalam hidup ini. Ya atau tidak, ungkapan yang cukup 'simple', tetapi amat sukar dipilih. Antara 'Ya' atau 'Tidak', kedua-duanya akan membawa implikasi ke atas hidup kita, samada baik atau buruk. Tidak mungkin kita boleh memilih kedua-duanya dalam satu masa. Sulit untuk kita mengetahui samada pilihan kita itu tepat ataupun tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hanya mampu MEMILIH, namun Allah sahaja yang menentukan samada kita TERPILIH sebagai orang yang betul dan tepat dalam membuat pilihan.

Wow! Boleh tahan berat juga topik entri saya pada kali ini. Sebenarnya, saya masih dalam proses belajar, belajar memahami lumrah kehidupan, belajar memahami ketentuan Ilahi dan mendidik hati ini agar sentiasa mengingati kebesaran dan kekuasan Allah S.W.T. Saya juga dalam proses melatih diri menumpahkan idea dan menulis sesuatu yang lebih ilmiah. Saya masih bertatih dalam arena ini. Tapi, saya yakin, dengan latihan, saya akan berjaya menghasilkan nukilan-nukilan yang lebih berkualiti. Teringat salah satu pesanan motivasi yang sering dikongsikan oleh seorang pensyarah saya dalam kuliahnya, "kita perlu berlatih dan berlatih lagi untuk berjaya. Kadang-kala kita perlu berlakon sebagai orang berjaya. Insyallah, satu hari nanti kita akan terbiasa dengan lakonan itu dan hasilnya kita akan berjaya".

Memilih dan terpilih.... mengapa topik ini? Ya, semuanya gara-gara baru mendapat berita tentang seorang sahabat yang berada dalam situasi ini. Sedang dalam dilema membuat pilihan hidup. Mungkin, pada masa ini dia telah membuat pilihannya. Semoga dia dikalangan insan-insan yang TERPILIH sebagai pembuat PILIHAN yang tepat. Semoga dia diberi petunjuk olehNya. 


Bagaimana membuat pilihan?
1. Tanyalah diri kita, kerana apa keputusan itu dibuat. Kerana Allah? Kerana hawa nafsu?
2. Memohon dari Allah petunjuk dalam membuat keputusan. Berdoa dan solat istiharah.
3. Menyenaraikan kesan baik dan kesan buruk.
4. Mengambil pandangan dari pelbagai pihak (ibu bapa, kawan-kawan dan orang-orang yang lebih berpengalaman)
5. Menyusun stategi untuk melaksanakan keputusan serta strategi menghadapi implikasi yang akan berlaku.
6. Meletakkan tekad yang kuat serta tawakal yang tinggi kepada Allah.



Kehidupan kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Setiap tahap kehidupan memerlukan kita membuat pilihan. Perkara ini merupakan lumrah yang kita hadapi secara sedar atau tidak. Sesetengah keputusan kita mungkin tidak tepat dan akan memberi pengajaran kepada kita dan menjadi lebih teliti dalam membuat keputusan. Yang akan menjalani hidup ini bukan orang lain, tapi diri kita sendiri. Maka beranilah membuat keputusan. Letakkan tekad yang kuat serta tawakal yang tinggi kepada Allah.


Wednesday, September 22, 2010

Mentor

Salam semua.....

Entri saya pada kali ini tiada kaitan dengan program Mentor TV3. Tapi, tentang mentor saya semasa tingkat 4 dan 5 di Sek. Men. Teknik Batu Pahat. Setelah 13 tahun, kami ditemukan semula oleh Allah melalui laman sosial popular masa kini, tidak lain tidak bukan, FACEBOOK. 

Beruntungnya saya kerana dipilih menjadi salah seorang menteenya. Setiap minggu berkumpul menerusi sesi mentor mentee yang dijalankan oleh pihak sekolah, banyak pengisian yang amat berharga yang kami dapat hasil daripada tarbiahnya. Sedang rakan-rakan lain berseronok-seronok kerana sesi perjumpaan mentor mentee kumpulan mereka dibatalkan atau habis awal, mentor kami tidak jemu menumpahkan segala ilmu, pesanan, nasihat dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah walau sekalipun meniggikan suara. Saya sangat selesa dengan sifat keibuannya itu. Selalu mendengar tarbiahnya membuatkan jiwa remaja saya terisi. Antara pesanannya yang masih melekat di kepala, bila berkawan rapat dengan seseorang (kawan baik), jangan tunjuk kepada orang lain, ditakuti teman-teman yang lain terasa hati. Itulah adab berkawan. Dari hal-hal agama, hal-hal sosial hinggalah hal-hal berkaitan jodoh, cikgu tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.

Sekarang, mentor saya itu telah bersara daripada kerjaya perguruan, tetapi masih bertekad menyebarkan ilmu dan dakwahnya. Kini, teknologi maya menjadi wadah utama baginya dalam menyampaikan ilmu, berdakwah, serta berkongsi pengalaman hidupnya disamping mencungkil hikmah disebalik kejadian dan lumrah kehidupan ciptaan dan ketentuan Yang Maha Agong. Dan saya, yang masih mendambakan pengisian jiwa itu, tidak jemu membaca nukilannya di blog http://ibumusthofa.blogspot.com/ 

http://mdyusofjamarblogspotcom.blogspot.com/ . Satu lagi blog yang tidak jemu saya ikuti. Pengalamannya sebagai pendidik amat saya kagumi. Tidak seperti kita, guru-guru muda di zaman serba moden dan lengkap sekarang. Mudah sahaja mengeluh, mudah sahaja tidak berpuas hati, mudah sahaja bosan, malah sangat berkira bila khidmat kita menuntut sedikit pengorbanan.

Sungguh mulia wahai sang murabbi. Hakikatnya, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas murabbi berlegar di “hati”. 

Kenangan bersama mentor dan teman-teman mentee

Petua makan ikut sunnah Nabi...

Salam semua....


Entry kali ini, saya mahu berkongsi tentang petua makan yang baik untuk kita semua. Sesungguhnya, stiap apa yang Nabi junjungan kita amal dan tinggalkan pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana itulah kita disunatkan mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika dikaji mengikut kaedah saintifik, pasti ada kebenarannya.


Setelah meluangkan sedikit waktu dengan ber-'blog walking', inilah maklumat yang dapat saya kongsikan bersama. Banyak blog yang saya kunjungi, tetapi semua maklumat adalah sama. Tidak pasti, mana satu yang merupakan 'master copy'-nya. Apapun, tujuannya sama, mahu berkongsi ilmu yang bermanfaat.


Kebiasaan kita, bila menikmati juadah terutamanya ketika makan secara buffet di hotel-hotel, jamuan rumah terbuka, makan beradab di majlis perkahwinan, pastinya nafsu makan menguasai diri. Semuanya kita nak cuba. Semuanya sedap-sedap belaka. Semuanya buat tekak kita mengidam. Kalau ada 10 menu, kesemuanya mesti nak rasa. Kalau tak cukup sepinggan, mengulang lagi untuk trip yang seterusnya. Wah! macam ada pengalaman je? Hehehe.... memangpun. Tapi selepas berkongsi info ini, kita sama-samalah beringat. Kalau tak tahan, nak buat macamana? Jamah sedikit pun jadilah... hehehe... ehmmm... nafsu... nafsu.


Antara maklumat yang saya dapat :


JANGAN MAKAN gabungan makanan-makanan ini.

Jangan makan SUSU + DAGING
 

Jangan makan DAGING + IKAN
 

Jangan makan IKAN + SUSU
 

Jangan makan AYAM + SUSU
 

Jangan makan IKAN + TELUR
 

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA 
(biasanya ada dalam resepi roti dan kek)
 

Jangan makan BUAH + SUSU contohnya KOKTEL


Lain-lain petua,
  • Makan buah dahulu, sebelum makan nasi.
  • Jika mahu awet muda, jangan tinggal makan malam. Jika tinggal makan malam, cepat tua & kolestrol dalam badan akan berganda.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Kesimpulannya,

  • Dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    • Mudah dapat penyakit.
    • Bukti daripada kajian saintifik :
      • badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
  • Jangan makan nasi berlauk dengan air bersusu. 
    • Contohnya, nasi ayam + teh tarik/teh ais/carrot susu

Tuesday, September 21, 2010

Blog ku berwajah baru

Salam semua....
Lama sudah menyepi dari berblog. Ubah penampilan, barulah bersemangat semula untuk berblog. Rasanya, belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, Syawal disambut sederhana tetapi amat membahagiakan. Dapat bertemu sanak-saudara dan sahabat-handai sudah cukup membuatkan hari raya ku bertambah ceria. Terasa amat singkat 2 minggu yang dilalui. Diberi 2 bulan cuti pun, pasti tidak puas bersama anak-anak. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba Mu ini....

Meraikan Hari Ulang Tahun Syahmi yang ke-4 yang jatuh pada 1 Syawal

Aidilfitri pertama bagi puteriku....

Menghabiskan masa bersama anak-anak di Melaka

Hari Raya di Kulai

Hari Raya di Kluang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...