Wednesday, September 22, 2010

Mentor

Salam semua.....

Entri saya pada kali ini tiada kaitan dengan program Mentor TV3. Tapi, tentang mentor saya semasa tingkat 4 dan 5 di Sek. Men. Teknik Batu Pahat. Setelah 13 tahun, kami ditemukan semula oleh Allah melalui laman sosial popular masa kini, tidak lain tidak bukan, FACEBOOK. 

Beruntungnya saya kerana dipilih menjadi salah seorang menteenya. Setiap minggu berkumpul menerusi sesi mentor mentee yang dijalankan oleh pihak sekolah, banyak pengisian yang amat berharga yang kami dapat hasil daripada tarbiahnya. Sedang rakan-rakan lain berseronok-seronok kerana sesi perjumpaan mentor mentee kumpulan mereka dibatalkan atau habis awal, mentor kami tidak jemu menumpahkan segala ilmu, pesanan, nasihat dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah walau sekalipun meniggikan suara. Saya sangat selesa dengan sifat keibuannya itu. Selalu mendengar tarbiahnya membuatkan jiwa remaja saya terisi. Antara pesanannya yang masih melekat di kepala, bila berkawan rapat dengan seseorang (kawan baik), jangan tunjuk kepada orang lain, ditakuti teman-teman yang lain terasa hati. Itulah adab berkawan. Dari hal-hal agama, hal-hal sosial hinggalah hal-hal berkaitan jodoh, cikgu tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.

Sekarang, mentor saya itu telah bersara daripada kerjaya perguruan, tetapi masih bertekad menyebarkan ilmu dan dakwahnya. Kini, teknologi maya menjadi wadah utama baginya dalam menyampaikan ilmu, berdakwah, serta berkongsi pengalaman hidupnya disamping mencungkil hikmah disebalik kejadian dan lumrah kehidupan ciptaan dan ketentuan Yang Maha Agong. Dan saya, yang masih mendambakan pengisian jiwa itu, tidak jemu membaca nukilannya di blog http://ibumusthofa.blogspot.com/ 

http://mdyusofjamarblogspotcom.blogspot.com/ . Satu lagi blog yang tidak jemu saya ikuti. Pengalamannya sebagai pendidik amat saya kagumi. Tidak seperti kita, guru-guru muda di zaman serba moden dan lengkap sekarang. Mudah sahaja mengeluh, mudah sahaja tidak berpuas hati, mudah sahaja bosan, malah sangat berkira bila khidmat kita menuntut sedikit pengorbanan.

Sungguh mulia wahai sang murabbi. Hakikatnya, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas murabbi berlegar di “hati”. 

Kenangan bersama mentor dan teman-teman mentee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...