Sunday, October 31, 2010

Menjelang Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum...

Terlalu sibuk dengan ujian, kuiz, assignment, lab report dan presentation yang banyak, membuatkan saya tidak berkesempatan untuk berkongsi cerita di blog ini. Alhamdulillah, semuanya saya lalui dengan sabar. Satu demi satu tugas saya berjaya diselesaikan dan sedikit-demi sedikit beban ini diringankan. Bukan mudah untuk saya lalui semua ini. Segalanya menuntut seribu satu pengorbanan. Menyambung semula pengajian setelah 7 tahun berkerja dan berkeluarga serta mempunyai 2 cahaya mata, memerlukan semangat dan tekad yang tinggi. Nampak mudah, tapi sesuatu yang amat mencabar bagi mereka yang melaluinya. Alhamdulillah, masih dibayar gaji walaupun hanya separuh. Dapatlah menanggung perbelanjaan hidup kami sekeluarga dalam kadar yang amat-amat sederhana. Detik-detik kehidupan yang kami lalui sekarang amat bermakna dan menguji kesabaran serta menuntut perancangan, pengorbanan dan persefahaman yang kuat antara kami suami isteri. Alhamdulillah dan Insyallah, kami tidak mengalah dan tidak akan mengalah. Segalanya kerana Allah, dan demi anak-anak serta keluarga tercinta. Insyallah............

Dalam kesibukan itu, sempat juga kami meluangkan sedikit masa, mewakili fakulti dalam sukan kegemaran kami bersama. Memandangkan persaingan kami semua muda-muda belaka, saya dan suami memilih acara bergu campuran. Sekadar suka-suka. Alhamdulillah, pingat perak untuk fakulti kami.

credit to Chombee sebab snap picture ni & credit to Pulut sebab guna camera DSLR die.. heheheh..
Subjek semester ini, bukanlah berat sangat. Tapi, tak tahulah, apa yang membuatkan kami sekelas rasa sukar untuk menguasai subjek-subjek tersebut. Terutamanya, subjek engineering material dan thermo-fluid. 

  • Material engineering; terlalu banyak istilah-istilah yang perlu difahami dan diingat, soalan-soalan ujian juga agak sukar walaupun telah diberi hints. Bentuk soalan diluar jangkaan kami. Mungkin, penguasaan kami belum mencapai tahap yang dtetapkan oleh pensyarah-pensyarah kami yang terdiri daripada profesor dan doktor-doktor. Assignment yang diberi juga agak mencabar. Soalan berbentu case study, menuntut kami mengkaji dan berfikir secara kritis dan kreatif. Alhadulillah, tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya.
  • Thermo-fluid; subjek calculation yang perlu kami explore sendiri, kerana kaedah pengajaran pensyarah yang menuntut kami agar lebih berdikari. 
  • Manufacturing process; terlalu banyak perkara yang perlu difahami dan diingat. Assignment yang agak mencabar juga. Menuntut kesungguhan dan kerjasama yang tinggi daripada semua ahli kumpulan. Setelah berkerja keras untuk menyiapkan assignment ini, hasilnya, amat memuaskan hati kami sekumpulan. 
  • Numerical method; agak mudah, tetapi step calculationnya teramatlah panjang, formula-formulanya juga terlalu banyak. 
  • Technical communication; sebagai persediaan kami menghasilkan thesis yang bermutu dan agak bermasalah bagi sesiapa yang lemah dalam grammar seperti saya. 
Alhamdulillah, teman-teman sekelas banyak membantu. Kami saling membantu dan saling melengkapi. 'Sharing is caring' prinsip study kami sekelas. Belajar di universiti ni, tiada nombor kedudukan dalam kelas, tidak perlu berlumba-lumba untuk dapat nombor 1. Lebih seronok jika kami sekelas dapat naik pentas, terima sijil Anugerah Dekan bersama.

Kemudahan IT memudahkan lagi urusan kami. Amat berbeza suasana belajar hari ini berbanding suasana belajar 10 tahun yang lepas (semasa zaman diploma saya). Semuanya dihujung jari. Teknologi dimanfaatkan sepenuhnya. Kaedah PNP sepenuhnya powerpoint. Nota softcopy boleh dikongsi melalui email. Tidak seperti dulu, pelajar-pelajar terpaksa fotostat nota daripada tranparensi pensyarah, ditambah pula dengan bentuk tulisan tangan yang kadang-kala sukar untuk difahami. Jika dulu, untuk meyiapkan assignment, perpustakaanlah tempat dituju. Habis semua buku diselak demi menyiapkan satu assignment. Mesin taip sangat berjasa pada waktu itu, agar kerja yang dihasilkan lebih kemas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Tidak ramai yang mampu memiliki komputer desktop sendiri, apalagi laptop. Kini, maklumat dihujung jari. Walaupun tanpa buku, assignment dengan mudah diselesaikan dan bagi mereka yang gemar mengambil jalan mudah, kaedah plagiat menjadi amalan. 


Hampir 4 bulan bertungkus-lumus mengharungi cabaran sebagai pelajar, peperiksaan akhir bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah kemuncaknya. Kami perlu berkerja keras. Tidak seperti semester-semester lepas, markah peperiksaan akhir meliputi hanya 40% daripada markah keseluruhannya. Bermula semester ini, markah peperiksaan akhir meliputi 50% daripada markah keseluruhan. Ini bermakna, kami perlu berkerja keras untuk peperiksaan akhir. Kami tidak boleh berpuas hati dengan carry mark sahaja. Jika tidak, lupakan saja cita-cita untuk menebus balik CGPA saya yang jatuh merudum semester lepas. Saya nak naik pentas lagi! Insyallah............

Banyak kotak-kotak kosong yang perlu saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya
Doakan kejayaan saya...
Buat suami dan teman-teman seperjuangan, selamat maju jaya. Berusahalah, berdoalah dan bertawakkal-lah..

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...