Friday, October 15, 2010

101010

Assalamualaikum....

101010... angka istimewa, menjadi pilihan buat mereka yang ingin mengukir bahagia di tarikh keramat. Kebetulan pula, jatuh pada hari Ahad. Sana-sini majlis pernikahan dilangsungkan. Angkasawan Malaysia pertama juga tidak melepaskan peluang melangsungkan perkahwinannya. Felda Taib Andak, Kulai, Johor juga memilih tarikh ini untuk meraikan ulang tahun ke-50.

Namun, sedang mereka meraikan hari bahagia, tanpa diduga, kita dikejutkan dengan berita yang menggemparkan semua rakyat Malaysia. Tragedi Oktober, jam 7.12 malam, seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau. Takziah buat keluarga mangsa.

muka_hadapan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya faham perasaan mereka. Kerana saya diantara yang menerima ujian Allah pada tarikh yang dianggap cantik itu. 101010, jam 6.12 petang, keluarga kami kehilangan nenda tercinta, Allahyarham Abu Bakar bin Abdul Talib. Pada usia 76 tahun, Atok Bakar kembali ke rahmatullah setelah mengalami sesak nafas. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Jln Hj. Manan, Kluang, Johor. 101010, segalanya ketentuan Ilahi, aku redha......

Al-fatihah buat Allahyarham Abu Bakar bin Abdul Latip

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...