Monday, May 10, 2010

Ibu.... ibu.... engkaulah ratu hatiku.......


9 Mei 2010 ni hari ibu.... entry kali ni istimewa buat ibuku, Rufiah Jaafar... ibu mertuaku, Hjh. Aisah Abu Bakar, atok Hjh Siti Mariam Abas..... semua ibu dan juga untuk diri sendiri yang dah menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata..... 

Untuk bonda Rufiah.......

"Terima kasih yang tidak terhingga buat emak yang sangat tabah mengharungi segala ranjau kehidupan demi membesarkan Linda dan adik-adik semua. Pengorbanan & kecekalanmu amat kusanjungi. Luv u so much mak!"

Untuk bonda Hjh. Aisah.......


"Terima kasih kerana sudi menerima diri ini sebahagian daripada hidupmu..... Lin sangat menghargainya. Lin anggap mak macam mak Lin sendiri. Sayang mak!"


Untuk Nenda Hjh Siti Mariam....


"Terima kasih atok. Jaga Linda, ajar Linda mengaji dan berzanji. Semoga atok dikurniakan kesihatan yang lebih baik.... sayang atok sangat-sangat."

Untuk semua ibu......


"Selamat Hari Ibu. Kalau ibu kita masih hidup, hargailah pengorbanan mereka, dan jika sudah tiada, doakanlah agar roh mereka dicucuri rahmat."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...