Saturday, November 13, 2010

Keropok ROTA haram sebab ada kod E110. Benarkah?

Assalamualaikum.........

Gara-gara terbaca satu wall post di akaun Facebook hari ini, saya terpanggil untuk membuat entry ini. 


Rota... Oh! Rota.... rasanya, sejak zaman kanak-kanak saya lagi, 'jajan' (makanan ringan) ini sudah hangat di pasaran. 20 sen sebungkus, jajan 'mampu beli' bagi semua kanak-kanak Malaysia (sambil tersenyum, saya taip ayat ni). Kalau difikir-fikir, tidak mampu saya nyatakan, sudah berapa kilo jajan Rota ni masuk dalam perut saya, sejak zaman kanak-kanak dulu. Belum lagi jajan-jajan ciplak Rota, rasa sama, rupa sama, brand sahaja yang berbeza. 

Memang tidak dinafikan, makan jajan  tidak baik untuk kesihatan kita. Semua orang tahu, dan ramai orang buat-buat tidak tahu tentang perkara ini. Termasuklah saya, kadang-kadang, bila mulut ni rajin nak mengunyah walaupun tak lapar, jajan-jajan menjadi pilihan, dan selalunya saya buat-buat tak tahu, jajan itu tidak elok untuk saya. Degil! Tapi, bila dah ada anak, risau pula melihat anak-anak makan jajan. Memang susah nak jauhkan diri daripada jajan, sebab jajan di mana-mana sahaja sekarang ini. Apa yang mampu dilakukan, mengurangkan seminima yang boleh. Selamat maju jaya Aleen!

Berbalik kepada wall post berkaitan Rota di Facebook. 
ROTA haram sebab ada lemak babi? 
Reaksi pertama saya : 
Terkejut. Sangat terkejut.
(sambil berfikir, dah berapa banyak saya makan Rota sejak kanak-kanak lagi!)
Reaksi kedua saya :
Ye ke?.
(sebab dah banyak sangat jumpa email seperti ini)
Reaksi ketiga saya :
Mana dia tahu ada lemak babi ye? 
(oooo.... ada tulis kod E110- penulis kata, E110 tu lemak babi... scroll lagi ke bawah, banyaknya kod! semua 59 kod tu ada lemak babi.... aduh! lepas ni nak beli makanan kena check ada tak antara 59 kod tu yang tertulis kat senarai ingredient... so, kena hafal lah ni????...)
Reaksi keempat saya :
Nampak logo Halal pada packaging.
(terfikir, kalau terang-terang dah ada kod E110, macam mana boleh dapat sijil halal ni?. Jakim tak tau ke?... eh! takkan JAKIM tak tau, ni kan kerja die...tengok kat comment rakan-rakan FB, ade pulak yang kata JAKIM makan suap, tak buat kerja.... pergghhh... sesuka hati die je cakap org makan suap dan tak buat kerja)
Reaksi kelima saya :
Surfing, mencari maklumat lanjut.
(hehehe.... hari ni belum ada mood nak study final... paper lambat lagi... 19 & 22.11.2010.... lagipun, tension dgn paper thermo semalam tak habis lagi... so, hari ni nak buat mini research sikit pasal 'food ingredient numbers' ni...)

Inilah hasil mini research saya hari ini berkaitan FOOD INGREDIENT NUMBERS (E-numbers) 

Sumber


  • Apa itu E-numbers?
    • Merupakan kod yang mewakili bahan tambahan tertentu yang digunakan oleh pengeluar produk makanan. Ianya telah dirumuskan oleh European Economic Community (EEC) dan digunapakai oleh industri makanan di seluruh dunia.
    • Huruf 'E' mewakili "Europe" atau "European Union"
    • Nombor-nombor selepas huruf E dikategorikan seperti berikut :


  • Kod E110 yang tertulis pada jajan ROTA merupakan kod bagi jenis pewarna makanan.
    • E110 : Sunset Yellow FCF / Orange Yellow S - daripada sumber kimia
      • Halal if used as 100% dry color. Mushbooh if used as liquid color, the solvent has to be Halal.
      • Sunset Yellow FCF ini diperbuat daripada aromatic hydrocarbons (petroleum).
      • Sememangnya, bahan ini HALAL. Tetapi, ianya SANGAT TIDAK ELOK UNTUK KESIHATAN kita. Norway telah mengharamkan penggunaan bahan ini dalam pengeluaran produk makanan mereka kerana E110 boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti urticaria  (gatal-gatal), urticaria (hidung beringus), hidung tersumbat, alergi, hiperaktif, tumor ginjal, kerosakan kromosom, mual dan muntah-muntah, gangguan pencernaan dan tidak selera makan.
  • Kod-kod yang HARAM:
    • E120 Cochineal : pewarna merah yang dihasilkan daripada serangga betina. (Haram according to Hanafi Fiqqah) 
    • E441 Gelatine : berasal dari tulang atau kulit lembu/babi
    • E542 Edible Bone Phosphate : ekstrak dari tulang haiwan
    • E904 Shellac : resin daripada serangga.
    • Beberapa bahan tambahan berkod E47, mungkin daripada haiwan atau tumbuhan.
  • Berhati-hati dengan kod-kod berikut :
    • Glycerol / Glycerin / Glycerine (E422) - haram jika diperolehi daripada daging babi atau sumber-sumber tidak halal.
    • Emulsifiers (E470 to E483) - haram jika diperolehi daripada daging babi atau sumber-sumber tidak halal.
    • Edible Bone Phosphate (E542) - haram jika diperolehi daripada daging babi atau sumber-sumber tidak halal.
  • Sebenarnya, banyak pihak telah menjawab persoalan tentang isu E110 ini. Cuma kita yang tidak berapa peka dengan maklumat-maklumat yang berasas seperti ini. Contohnya, School of Chemical Sciences and Food Technology, Faculty of Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga telah menjawab isu E110 ini.
Jawapan dari UKM :
Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam..................... (sila klik di sini untuk maklumat seterusnya)

KESIMPULAN
  • Jangan percaya bulat-bulat dengan maklumat-maklumat yang tidak berasas. Kebelakangan ini, memang banyak berita-berita atau artikel-artikel seperti ini tersebar di internet. Terutamanya melalui email dan rangkaian-rangkaian sosial seperti FACEBOOK dan seumpamanya. Baca boleh! percaya belum pasti. Maka, selidiklah dahulu sebelum mempercayainya. Kadangkala, maklumat yang disebarkan itu tidak tepat. 
  • Jangan menuduh orang sesuka-hati. Jangan menuduh orang tidak buat kerja, makan rasuah dan macam-macam lagi tuduhan dilemparkan sekiranya ada perkara yang membuatkan kita tidak berpuas hati. Hanya Allah yang tahu, apa yang mereka buat. Kita pun, bukannya tahu sangat tentang tugas dan tangunggjawab yang mereka pikul. Dan kitapun kadang-kala tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kita dengan sempurna. Apa pula pandangan orang terhadap kita? Yang penting, keikhlasan kita menjalankan tanggungjawab masing-masing. Kadangkala, apa yang kita buat pasti ada kekurangan, kerana kita tidak sempurna. Hanya Allah yang tahu!
  • Sebenarnya, banyak maklumat yang boleh kita perolehi daripada kemudahan internet ini. Yang baik mahupun yang buruk, pastinya dihujung jari. Terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk menapis segala maklumat itu. Jangan menyalahkan teknologi dek kerana keburukan yang kita nampak segalanya berpunca daripadanya. Kepintaran manusia membangunkan teknologi adalah anugerah daripada Allah buat makhlukNya yang berakal. Umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh musuh-musuh Islam. Fikir-fikirkanlah......
Wallahualam....

16 comments:

  1. nasib baekk.. nielah makanan kegemaran aku sejak kecik2 lagi huhuhuh

    ReplyDelete
  2. salam

    alhamdulillah..saudari dpt ungkaikan psoalan ni
    mmg rmai sgt org keliru dgn e numbers ni
    SUNSET YELLOW adlh slh 1 pewarna yg dibenarkan digunakan dlm mkanan sptmane dlm Malaysia Food Regulation 1985.

    pd sume, kaji dlu sbelum menuduh. btanye pda yg tahu anda akn tahu..btanye pd yg x tahu..anda yg mkn x taw n melahu

    ape2 pon pd pngguna..sbrg kemusykilan rujuk la pd JAKIM, kementerian kshtan (bhgian kselamatan mkanan) or mane2 food technologist.

    Ms Fud Tech.

    ReplyDelete
  3. jadi E110 boleh di makan? inginkan kepastian sangat2

    ReplyDelete
  4. boleh....pewarna je sebenarnya... tapi memang tak elok utk kesihatan...

    ReplyDelete
  5. gud aleen....brjya merungkaikan prsoalam ini..sgt x puas ati dgn komen org2 yg mngata JAKIM x buat kerja..dah lah tak taw apa22 siap fitnah org lain x buat keja..kejam sgt...Tertrik dgn kata2 UKM "Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “diomong-omongkan” dengan perkara sebegini."...klu dah sah kropok tu haram tak kanlah JAKIM masih benarkan ada d psrn....neway!tahniah aleen brjya merungkaikan prsoln ni..

    ReplyDelete
  6. saya paste blog saudari di facebook untuk maklumat kawan2di luar sana...Good mini research..

    ReplyDelete
  7. hmm....terkejut gak bla bca sal keropok rota 2...tpi bla cek blik byk ja kopok2 lain yg da kod E110 tu....syabas utk mini research tu..

    ReplyDelete
  8. smue org perlu ade curiousity ble trnampak sesuatu yg mragukan...sbb bnyak jugak org yg x endah ble tnampak ssuatu yg mncurigakan, alasannye 'alah, kte x tau lg benda ni memg haram ke x', jadi, mkan jelh dlu..sikap mcm nilah yg sgt menyedihkan sbnrnye..die membuat keputusan sblum memeriksa n meneliti terlebih dahulu....

    ReplyDelete
  9. terima kasih kepada semua yg sudi singgah di blog saya ni... kalau anda rasakan penulisan saya ini bermanfaat buat anda, alhamdulillah... silakan berkongsi...

    ReplyDelete
  10. Tahniah..tq utk info yg sgt2 berguna ni...bnyk kekeliruan skrg..ape2pn hati2 dgn bahan2 skrg..mcm2 penipuan...smoga diberkati kebaikan anda..amin..;)

    ReplyDelete
  11. len kali tgok tnye la ustaz kt tv9...dye dah bgtau ari tu

    ReplyDelete
  12. byk propaganda..inshaAllah, semoga Allah lindungi kita daripada perkara yg ridak kita ketahui..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  13. byk propaganda..inshaAllah, semoga Allah lindungi kita daripada perkara yg ridak kita ketahui..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  14. Thanks kakak,

    Mini research yang sangat berguna. saya dah nyaris nyaris nk buat nabati saya ni. dalam kelas tadi kecoh sapa makan nabati ni dia makan babi, terkejut sangat. ohh . by the way , nabati ni sejenis waffer chesse yg tersangat sedap. Ada iklan lagi dalam tv. tu yang ragu ragu tu. okay thanks sekali lagi.


    With Love,
    Faiz, 4 science

    ReplyDelete
  15. Nak kenal puan, karier dan background

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...