Tuesday, September 28, 2010

Memilih dan terpilih....

Salam semua...

Sukar. Memang sukar untuk membuat pilihan dalam hidup ini. Ya atau tidak, ungkapan yang cukup 'simple', tetapi amat sukar dipilih. Antara 'Ya' atau 'Tidak', kedua-duanya akan membawa implikasi ke atas hidup kita, samada baik atau buruk. Tidak mungkin kita boleh memilih kedua-duanya dalam satu masa. Sulit untuk kita mengetahui samada pilihan kita itu tepat ataupun tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hanya mampu MEMILIH, namun Allah sahaja yang menentukan samada kita TERPILIH sebagai orang yang betul dan tepat dalam membuat pilihan.

Wow! Boleh tahan berat juga topik entri saya pada kali ini. Sebenarnya, saya masih dalam proses belajar, belajar memahami lumrah kehidupan, belajar memahami ketentuan Ilahi dan mendidik hati ini agar sentiasa mengingati kebesaran dan kekuasan Allah S.W.T. Saya juga dalam proses melatih diri menumpahkan idea dan menulis sesuatu yang lebih ilmiah. Saya masih bertatih dalam arena ini. Tapi, saya yakin, dengan latihan, saya akan berjaya menghasilkan nukilan-nukilan yang lebih berkualiti. Teringat salah satu pesanan motivasi yang sering dikongsikan oleh seorang pensyarah saya dalam kuliahnya, "kita perlu berlatih dan berlatih lagi untuk berjaya. Kadang-kala kita perlu berlakon sebagai orang berjaya. Insyallah, satu hari nanti kita akan terbiasa dengan lakonan itu dan hasilnya kita akan berjaya".

Memilih dan terpilih.... mengapa topik ini? Ya, semuanya gara-gara baru mendapat berita tentang seorang sahabat yang berada dalam situasi ini. Sedang dalam dilema membuat pilihan hidup. Mungkin, pada masa ini dia telah membuat pilihannya. Semoga dia dikalangan insan-insan yang TERPILIH sebagai pembuat PILIHAN yang tepat. Semoga dia diberi petunjuk olehNya. 


Bagaimana membuat pilihan?
1. Tanyalah diri kita, kerana apa keputusan itu dibuat. Kerana Allah? Kerana hawa nafsu?
2. Memohon dari Allah petunjuk dalam membuat keputusan. Berdoa dan solat istiharah.
3. Menyenaraikan kesan baik dan kesan buruk.
4. Mengambil pandangan dari pelbagai pihak (ibu bapa, kawan-kawan dan orang-orang yang lebih berpengalaman)
5. Menyusun stategi untuk melaksanakan keputusan serta strategi menghadapi implikasi yang akan berlaku.
6. Meletakkan tekad yang kuat serta tawakal yang tinggi kepada Allah.



Kehidupan kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Setiap tahap kehidupan memerlukan kita membuat pilihan. Perkara ini merupakan lumrah yang kita hadapi secara sedar atau tidak. Sesetengah keputusan kita mungkin tidak tepat dan akan memberi pengajaran kepada kita dan menjadi lebih teliti dalam membuat keputusan. Yang akan menjalani hidup ini bukan orang lain, tapi diri kita sendiri. Maka beranilah membuat keputusan. Letakkan tekad yang kuat serta tawakal yang tinggi kepada Allah.


Wednesday, September 22, 2010

Mentor

Salam semua.....

Entri saya pada kali ini tiada kaitan dengan program Mentor TV3. Tapi, tentang mentor saya semasa tingkat 4 dan 5 di Sek. Men. Teknik Batu Pahat. Setelah 13 tahun, kami ditemukan semula oleh Allah melalui laman sosial popular masa kini, tidak lain tidak bukan, FACEBOOK. 

Beruntungnya saya kerana dipilih menjadi salah seorang menteenya. Setiap minggu berkumpul menerusi sesi mentor mentee yang dijalankan oleh pihak sekolah, banyak pengisian yang amat berharga yang kami dapat hasil daripada tarbiahnya. Sedang rakan-rakan lain berseronok-seronok kerana sesi perjumpaan mentor mentee kumpulan mereka dibatalkan atau habis awal, mentor kami tidak jemu menumpahkan segala ilmu, pesanan, nasihat dengan penuh kasih sayang. Tidak pernah walau sekalipun meniggikan suara. Saya sangat selesa dengan sifat keibuannya itu. Selalu mendengar tarbiahnya membuatkan jiwa remaja saya terisi. Antara pesanannya yang masih melekat di kepala, bila berkawan rapat dengan seseorang (kawan baik), jangan tunjuk kepada orang lain, ditakuti teman-teman yang lain terasa hati. Itulah adab berkawan. Dari hal-hal agama, hal-hal sosial hinggalah hal-hal berkaitan jodoh, cikgu tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.

Sekarang, mentor saya itu telah bersara daripada kerjaya perguruan, tetapi masih bertekad menyebarkan ilmu dan dakwahnya. Kini, teknologi maya menjadi wadah utama baginya dalam menyampaikan ilmu, berdakwah, serta berkongsi pengalaman hidupnya disamping mencungkil hikmah disebalik kejadian dan lumrah kehidupan ciptaan dan ketentuan Yang Maha Agong. Dan saya, yang masih mendambakan pengisian jiwa itu, tidak jemu membaca nukilannya di blog http://ibumusthofa.blogspot.com/ 

http://mdyusofjamarblogspotcom.blogspot.com/ . Satu lagi blog yang tidak jemu saya ikuti. Pengalamannya sebagai pendidik amat saya kagumi. Tidak seperti kita, guru-guru muda di zaman serba moden dan lengkap sekarang. Mudah sahaja mengeluh, mudah sahaja tidak berpuas hati, mudah sahaja bosan, malah sangat berkira bila khidmat kita menuntut sedikit pengorbanan.

Sungguh mulia wahai sang murabbi. Hakikatnya, tugas “Muallim” banyak berlegar di “akal” tetapi tugas murabbi berlegar di “hati”. 

Kenangan bersama mentor dan teman-teman mentee

Petua makan ikut sunnah Nabi...

Salam semua....


Entry kali ini, saya mahu berkongsi tentang petua makan yang baik untuk kita semua. Sesungguhnya, stiap apa yang Nabi junjungan kita amal dan tinggalkan pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana itulah kita disunatkan mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika dikaji mengikut kaedah saintifik, pasti ada kebenarannya.


Setelah meluangkan sedikit waktu dengan ber-'blog walking', inilah maklumat yang dapat saya kongsikan bersama. Banyak blog yang saya kunjungi, tetapi semua maklumat adalah sama. Tidak pasti, mana satu yang merupakan 'master copy'-nya. Apapun, tujuannya sama, mahu berkongsi ilmu yang bermanfaat.


Kebiasaan kita, bila menikmati juadah terutamanya ketika makan secara buffet di hotel-hotel, jamuan rumah terbuka, makan beradab di majlis perkahwinan, pastinya nafsu makan menguasai diri. Semuanya kita nak cuba. Semuanya sedap-sedap belaka. Semuanya buat tekak kita mengidam. Kalau ada 10 menu, kesemuanya mesti nak rasa. Kalau tak cukup sepinggan, mengulang lagi untuk trip yang seterusnya. Wah! macam ada pengalaman je? Hehehe.... memangpun. Tapi selepas berkongsi info ini, kita sama-samalah beringat. Kalau tak tahan, nak buat macamana? Jamah sedikit pun jadilah... hehehe... ehmmm... nafsu... nafsu.


Antara maklumat yang saya dapat :


JANGAN MAKAN gabungan makanan-makanan ini.

Jangan makan SUSU + DAGING
 

Jangan makan DAGING + IKAN
 

Jangan makan IKAN + SUSU
 

Jangan makan AYAM + SUSU
 

Jangan makan IKAN + TELUR
 

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA 
(biasanya ada dalam resepi roti dan kek)
 

Jangan makan BUAH + SUSU contohnya KOKTEL


Lain-lain petua,
  • Makan buah dahulu, sebelum makan nasi.
  • Jika mahu awet muda, jangan tinggal makan malam. Jika tinggal makan malam, cepat tua & kolestrol dalam badan akan berganda.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Kesimpulannya,

  • Dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    • Mudah dapat penyakit.
    • Bukti daripada kajian saintifik :
      • badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita.
  • Jangan makan nasi berlauk dengan air bersusu. 
    • Contohnya, nasi ayam + teh tarik/teh ais/carrot susu

Tuesday, September 21, 2010

Blog ku berwajah baru

Salam semua....
Lama sudah menyepi dari berblog. Ubah penampilan, barulah bersemangat semula untuk berblog. Rasanya, belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, Syawal disambut sederhana tetapi amat membahagiakan. Dapat bertemu sanak-saudara dan sahabat-handai sudah cukup membuatkan hari raya ku bertambah ceria. Terasa amat singkat 2 minggu yang dilalui. Diberi 2 bulan cuti pun, pasti tidak puas bersama anak-anak. Ya Allah, tabahkanlah hati hamba Mu ini....

Meraikan Hari Ulang Tahun Syahmi yang ke-4 yang jatuh pada 1 Syawal

Aidilfitri pertama bagi puteriku....

Menghabiskan masa bersama anak-anak di Melaka

Hari Raya di Kulai

Hari Raya di Kluang

Wednesday, July 21, 2010

Kejutan buat anak-anakku......


Salam semua......

          Kepada Muhammad Izzu Syahmi. Panjang sungguh namanya. Itulah nama anakku yang sulung, Syahmi. Semasa aku dan suami sedang dalam perjalanan ke Mydin, MITC tadi, sambil mengelamun teringatkan anak-anak di Kluang, terpacul di benak fikiranku, mahu buat kejutan untuk anak-anakku di sana. Sebenarnya, kami teramat rindu dengan Syahmi dan Kayyisah. Baru saja minggu lepas kami balik Kluang, tapi rasa seperti sudah lama sangat tak jumpa mereka. Allah sahaja yan tahu, betapa rindunya kami pada mereka. 

       Di Mydin, sambil mencari kelengkapan BBQ untuk majlis 'gathering' kelas kami, sempat juga aku mencapai barang yang boleh ku buat hadiah untuk Syahmi dan Kayyisah. Nak tahu apa hadiahnya? Nantikan 'entry'ku akan datang. Insyallah. Tidaklah semahal mana, asalkan kiriman itu dapat membahagiakan dan mengubat rindu mereka. Ada dua hadiah di dalam bungkusan itu sebenarnya, satu untuk Syahmi dan satu lagi untuk Kayyisah.

         Tak sabar rasanya mahu mendengar cerita tentang reaksi mereka apabila mendapat hadiah ini. Semua itu pasti diceritakan oleh emak mertuaku. Terima kasih tidak terhingga buat emak dan abah yang sanggup menjaga anak-anak sementara kami sedang menyambung pengajian di UTeM. Terima kasih juga yang terhingga buat adik-adik ipar ku, Ikin & Asyraf yang sentiasa bersabar melayan kerenah Syahmi dan Kayyisah. Jasa kalian tak terbalas oleh ku, semoga kalian sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T. Amin......


Kiriman untuk anak-anakku.

"Aku sedang berusaha untuk menulis blog dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Harap aku tidak berputus asa."

Monday, July 12, 2010

Setelah 13 tahun, kami bersua kembali......

10 Julai 2010 lepas, tauke popiaOya organize 1 majlis reunion untuk ex-student SMTBP tahun 1996/97. Alhamdulillah, dapatlah aku join sama sebab majlis tu buat di Everly Resort Melaka.... lebih kurang 30 minit dari rumahku.


Seronok tak terkira dapat jumpa kawan-kawan lama.
Tak sempat nak bergambo sakan... sebuk berborak jer... jom layan gambo yang ada....

BBQ ayam dan ikan keli... anak-anak seronok jumpa kawan-kawan baru...


Aku pun tak tau lah macam mana anak bujang aku bole terselit kat bunga-bunga tu... Amboi!!!!


Ni lah antara kawan-kawan yang sempat aku tarik ajak bergambo.
Berdiri dari kiri : Aku, Fiza & Dud
Duduk dari kiri : Ziela, Olie & Oya (tauke popiaOya)

Masing-masing dengan askar-askarnya. Ramai lagi yang ada, tapi tak berkesempatan amik gambo sama-sama.

Nak tolong promote popiaOya ni.... klik kat sini ye....


Wednesday, July 7, 2010

Cuti sem part III : Cameron Highlands, Pahang.

Dari Ipoh, kami bertolak ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Tiada apa yang nak dikejar, suamiku santai memandu sambil menyaksikan keindahan gunung-ganang ciptaan Yang Maha Agung.... Perjalanan kami sedikit tenang, apa tidaknya, Syahmi dan Kayyisah lena diulit mimpi..... Kalau Syahmi tak tidur, agaknya letih aku nak menjawab soalan-soalan yang lazimnya di luar jangkaan kami suami isteri.... Teringat Syahmi bertanya semasa dalam perjalanan ke Ipoh.... melalui lebuhraya dengan pemandangan batu kapur bergunung-ganang, "alaaaa..... kenapa kita tak bawak tangga mak????"  pelik jugak, kenapalah Syahmi tanya soalan macam tu?... Aku tanya Syahmi, "kenapa nak bawak tangga pulak???"... jawab Syahmi, " yelah, macam mana kita nak panjat gunung tu????". hmmmm... syahmi...syahmi....Ada lagi soalan dia.... "Sape yang buat gunung ni mak???".... "Kenapa tuhan kita buat gunung ni cantik2 mak???"..... puas aku nak menjawab killer2 question die tu...

lenanya......... macam kat rumah gamaknya...

pemandu berhemah macam laki aku je yang sanggup mengekor lori tomato ni... kereta-kereta lain semua dah potong dah..... makan angin la katakan........ suspen gak tengok lori tomato ni, macam nak terbalik pun ada....

sampai je kat CH, kami terus pi minum teh di 'Bharat Tea Plantation' (arah ke Ringlet). Puas minum, sesi fotografi lak. Then, barulah kami cari tempat nak tido 2 mlm kat CH ni......

Akhirnya, The Cool Point Hotel, Tanah Rata menjadi pilihan kami..... sebab kami dah tak larat nak pergi dari hotel ke hotel dah....  Lagipun, hotel ni betul-betul kat pekan Tanah Rata (berdekatan bus & taxi stand Tanah Rata).... senang nak cari makan.... 

ROOM RATES
Std + 2 b'fast
RM85 (weekdays)
RM125 (weekend)
RM155 (peak)

Sementara anak2 tak sekolah lagi ni, kami memang suka bercuti masa weekday.... hotel murah sket, orang tak ramai sangat, relax je.... nak shopping pun, takde le kena tekan harga sangat.... 

Pada mulanya, kami dapat bilik ground floor.... masuk je, sesak nafas aku.... kipas takde... air-cond pun takde... nak bukak tingkap, orang lalu-lalang.... tak bole jadi nih. Nasib baik bole tukar bilik atas. Barulah lega rasanya, dapat bukak tingkap... nyaman jer.... memang tak perlu kipas dan air-cond.... suhu bilik dah ok.


 
Hari kedua, pagi-pagi lepas breakfast di hotel kami terus ke Honey Bee Farm, Brinchang. Rasanya kami pengunjung pertama yang datang. Ada jual madu kat situ, tapi tak beli pun..... madu kat rumah banyak lagi tak habis-habis... 


Lepas tu, kami ke Sungai Palas Tea Estate / BOH Tea Estate. Melalui jalan kecil sejauh 4km utk masuk ke kawasan estate buat kami risau. Betul ke jalan ni? Kenapa tak sampai-sampai lagi? Dah le jalan tu muat satu kereta je.... terpaksalah beralah kalau ade kereta lain dari arah bertentangan. Tapi, seronok jugak menjamu mata dengan kehijauan pokok-pokok teh yang terbentang luas. Sampai je, nampak signboard tempat parking. Visitor kena parking kat bawah je, terpaksa le menapak lbh krg 1km naik ke kawasan kilang. Tapi, nasib baik ada tukang kebun kat situ bagitau kami, kalau weekday boleh parking atas, sebab visitor tak ramai.... Alhamdulillah.... tak perlulah menapak... 
Sayup je.... kalau weekend, terpaksalah menapak dr bawah sinun......
 
kat sini kami tak dapat nak ngeteh.... syahmi batuk-batuk pulak, sebelum die muntah, baik kite org duduk kat luar je..... mak n abah tak dpt ngeteh, tapi syahmi & kayyisah habis masing2 sebotol susu.... 



Dari Sg. Palas kami ke Butterfly Garden area Kea Farm. Ada entry fee pulak, RM5/pax. Kat dalam taman ni bukan setakat ada rama-rama je, tapi ada mcm2 jenis ular, iguana, kura-kura, angsa dan bunga yg cantik2 belaka.



Rama-rama kat sini jinak2.... bole hinggap kat kita.... tapi Syahmi takutttt................ geli....


Tak puas lagi jalan, kami ke Time Tunnel, Kea Farm. RM5/pax. Kat sini, kita boleh tengok barang2 lama. Macam-macam ada...... jom layan gambar2 kami di sana....
Excited Syahmi tengok kuda2 tu.....


dok kejap kat kopitiam ni....


dulu DARKIE, sekarang DARLIE....


brand2 ni semua ada lagi sekarang, tapi dah berubah wajah.....



kereta control zaman dulu...


walker... mcm laki aku punya masa baby, my MIL kata laaa....



Ni strawberry farm dekat Equatorial Hotel.... just snap2 foto... tak petik pun.... kami beli yang RM5 je... 


strawberry ku habis.... syahmi yang makan....


anak dara ku pun sama.... tumpang sekaki...



Berehat di hotel sebentar, lepas Asar kami ronda2 lagi mengisi waktu petang kami di Tanah Rata ni..... Masa on the way balik dari Kea Farm/Brinchang tgh tadi, kami nampak ada simpang ke Kampung Taman Sedia. Jadi, petang ni kami nak terjah kampung orang pulak. Ni lah satu-satunya perkampungan masyarakat Melayu yang aku jumpa kat CH ni. Tak tau le kalau ada kampung lain. Rupa-rupanya, kat sini pun banyak chalet yang diusahakan oleh orang Melayu kita.... tak tau pulak, kalau tau memang aku amik chalet kat sini jer... murah sket... suasana pun best. Ada jugak strawberry farm yang diusahakan oleh orang Melayu.... kat sini aku beli jam strawberry 'homemade'.... sedap.... takde lah manis menyakitkan tekak... just nice.


sempat lagi berposing dgn favourite fruit die...


Berdekatan Kampung Taman Sedia, ada waterfall. Parit Waterfall namanya. Masa kami datang, ada 1 famili India je, tu pun dah nak balik.... sunyi sepi, suasana suram je... macam terbiar je tempatnya.... snap2 foto sekejap, pastu balik.... dah nak maghrib.


terlentok-lentok maknye posing....



malam tu, adik dan abang nyenyak tidur, keletihan melayan mak dan abahnya makan angin.



Sebelum check-out..... kita layan roti bakar jam strawberry dulu.....


Sebelum balik, kami naik ke Brinchang dan Kea Farm dulu... mau shopping apa yang patut... untuk famili di Johor... Angah kirim ais-krim Malaysia strawberry kat Kasimanis Strawberry Farm, area Strawberry Park Resort. Kat situ, sempat lagi kami beli buah strawberry dan sirap strawberry.


Kat Kea Farm ni, kami beli bantal strawberry syahmi, teh, lolly pop strawberry, keledek, sayur2, lada mexico (lada terpedas di dunia, laki aku kata laaa...) & jagung mutiara. Takde lah borong sakan, cukup la sekadar buah tangan untuk famili yang mendoakan keselamatan perjalanan kami sekeluarga.


Dalam perjalanan pulang, singgah sebentar di Air Terjun Lata Iskandar. Snap2 foto sekejap.

 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...